Isnin, 9 Julai 2012

INFO PSS SMKAP

Pusat Sumber  SMK Agama Pahang mula beroperasi sejak sekolah dibuka pada 1996. Semua peralatan dan bahan-bahan dibekalkan oleh kementerian dan juga JAPIM. Pusat Sumber SMKAP telah diberi penjenamaan semula pada tahun 2009 sebagai langkah untuk memberi nafas baru kepada semua warga SMKAP. Langkah ini juga diharapkan dapat menarik lebih ramai warga SMKAP khasnya  para pelajar mengunjungi perpustakaan untuk mendapatkan lebih banyak bahan bacaan sama ada buku atau majalah. Jenama baru yang diberi adalah Pustaka Ibnu Battuta mengambil sempena nama ilmuan Islam yakni seorang ahli fikir dan pengembara Islam yang bernama Ibnu Battuta. Beliau seorang pengembara yang suka mengembara mencari dan menimba ilmu dari seluruh dunia. Diharap pemilihan nama akan memberi inspirasi kepada semua warga SMKAP agar gemar juga mencari dan menimba dengan cara yang lebih mudah yakni dengan mengunjungi Pustaka Ibnu Battuta.

4 ulasan: